Pages

Sunday, November 27, 2011

Harimau always a winner, and our hero..


Assalamualaikum...












Malaysia

vs

Bahrain


















Keputusan:
Malaysia 2-3 Bahrain











i'm feel soooo...













Semangat Harimau yang x akan luntur..................


Monday, October 24, 2011

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL-QURAN..!!!

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi

Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan.

Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?


Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan

10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan

diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang

menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau

muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita,

adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala..

Sunday, October 23, 2011

KISAH BENAR...suami yang myesal..

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard mar

Hukum Berkaitan Fotografi

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

Thursday, September 8, 2011

Kisah Ibu Terjahat Di Dunia




20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnyacomel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang.Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga. Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah... Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Yasmin 2tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu.Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah.Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin.Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya?Saya rindu sekali pada mama!"Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya,"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?" "Nama saya Yusri, makcik." "Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga.Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!.. Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?" "Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak... Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya! Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenalim potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari... Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau. "Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!" Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?" Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!!Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..." Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah."Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini.tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar.Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Thursday, September 1, 2011

FREEMASONARY : SENI BINANYA DI BUMI MALAYSIA !

Antara kita sedar ataupun tidak, Malaysia juga tidak terlepas dari senibina Freemasonary, yang sudah semestinya mempunyai agenda yang tersembunyi dalam menyebarkan ideologinya. Ia bukan sahaja berada di dunia-dunia barat semata-mata, bahkan hari ia lebih tampak jelas di Malaysia terutamannya di bumi penguasa iaitu Putrajaya.

Vatican City (kiri) dan Putrajaya (kanan) -


Kebetulan atau dirancang?


Alamanda Putrajaya, Presint 16 -


Sama tak dengan simbol iluminiti itu?



Persint 5 -

Eh... Macam ada dalam gambar kecil tu je?





PICC Putrajaya - Mata siapa?


Tiang pelik : Kalau di Mekah, tiang-tiang ni dah lama kena lontar batu...

Percaya atau tidak? ini adalah sebahagian rekaan yang kita dapat kenal pasti, begitu juga dengan berberapa senibina di Kuala Lumpur, bahkan di IPTA juga ada binaan sebegitu!




KUSTEM (Universiti Malaysia Terengganu




Sama-samalah kita beristighfar dan mohon dijauhkan dari fitnah Dajjal..

sumber dari:http://durrahmedic93.blogspot.com/2011/06/freemasonary-seni-binanya-di-bumi.html

Saturday, August 27, 2011

Thursday, August 25, 2011

Malaysia vs Indonesia (penciplak artis Korea terhandal)

Assalamualaikum..

Baru-baru ni virus K-pop telah melanda seantero dunia Malaysia n Indonesia juga tidak terkecuali. Rakyat malaysia dan Indonesia sibuk bertikam lidah siapa artis klon Korea diorang yang paling cun.

Kalian boleh judge sendiri mengikut pendapat masing-masing



INDONESIA




7 icons , boleh tahan gak diorang ni...cun.. (nasib baik 7 icon, bukan Honda Icon)


Ala-ala 2pm


Klon nyata SNSD tanpa selindung dan keraguan


Ni pun boleh tahan gak..cakep deh. Nama diorang Dragon Boys (nasib baik Dragon Boys kalau Dragon Ball dah lame kena rompak dengan Bezita)


Yang tengah tu hensem kan..


Yang sebelah kiri tu..kren banget deh..saya suka 2x,


Yang ni pun hensem..tapiii.....yang sebelah kiri tu mencacatkan pandangan..


Astaghfirullahhalazim..diorang ok gak la klo macam ni, sebab walaupun artis Indonesia ramai muka Melayu tapi tak semua Islam








Yang baju hijau kat tengah tu dah macam Kok Sheng SMKRM












Yang ni tiru ZE:A tapi tak ramai percaya yang diorang ni artis Indonesia sebab hampir semua muka jambu macam apek









yang ni mengarot tah pape, nama diorang XO-IX, dan aku juga x minat dengan kumpulan ni, cuma baju hijau petak belah kanan 2 je cute.


MALAYSIA














Yang ni nak tiru Wonder Girl tapi lebih banyak dikutuk dari di puji..jadi mungkin mereka dah pupus









Yang ni banyak kena kutuk sebab diorang bajet dan tak hensem..celak tebal seinci,, aku pun tak minat... mungkin mereka juga dah pupus..


note: ape la diorang ni cipta la artis yang copyright bukan yang cetak rompak nampak beno ketandusa idea..

Monday, August 15, 2011

Sokonglah jenama buatan Malaysia


Assalamualaikum...korang nak dengar citer x.. aq ada nak kongsi citer dengan korang ni.. klo x nak dengo x apalah aq akan citerkan juga...

AMARAN: untuk mereka yang tidak memiliki penyakit lemah semangat dan Parkinson sahaja..

Parit Jawa: dilaporkan sekitar jam 7.00 petang sebuah kemalangan telah berlaku di persimpangan gereja Katolik dekat SA At-Tanwiriah. Mangsa yang terlibat ialah seorang remaja yang terkenaal dengan panggilan Nurul telah dilaporkan tidak cedera ketika insiden itu berlaku.

lebih kurang macam ni lah kereta tu.

Lebih memeranjatkan lagi beliau dan seorang lagi mangsa yang tidak diketahui identitinya tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian itu melibatkan perlanggara sejenis motor kuasa kuda dan sebuah kereta buatan Malaysia yang berjanama terkenal iaitu Proton Saga vers old school berwarna hitam. Ketika kejadian itu kereta yang dilanggar oleh motor beliau telah mengalami sedikit remuk dan calar di bahagian pintu penumpang sebelah kiri. Bertambah musykil ketika kejadian itu pemandu berkenaan tidak menpunyai apa-apa effect di hati ataupun di mukanya kerana dengan selamba badak beliau meneruskan perjalanan keretanya. Sungguh Power kereta jenama ini kerana mempunyai sistem kalis bunyi. “Mujurlah motor kesayangan mak aq tak ade sebarang calar kalu tidak 10km darinya suaranya telah berdentum hingga boleh menyebabkan pecahnya gegendang telinga aq” katanya. oleh itu dengan ini diisytiharkan bahawa. Tunggang jangan tunggang langgang...

Oleh itu kepada seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi, sokonglah jenama buatan Malaysia

Friday, August 12, 2011

Tip Berurusan Dengan Bukan Muhrim

ELAKKAN BERURUSAN DENGAN LELAKI ATAU PEREMPUAN AJNABI

- selagi masih boleh kita elakkan,elakkanlah. Carilah peluang sehabis mungkin untuk minta tolong daripada kaum sejenis, kecuali bagi perempuan dalam hal2 yang memang hanya lelaki yang pakar. Contohnya, repair kereta, repair laptop, dan lain2. kalau terpaksa pun,dalam hal2 yang tidak menimbulkan fitnah seperti membincangkan hal2 kerja atau pelajaran,dan diiringi oleh teman bukan berdua kerana syaitan akan menjadi orang ketiga.

GUNAKAN PERANTARAAN JIKA TERPAKSA BERKOMUNIKASI

- kalau lelaki atau perempuan terpaksa berkomunikasi dengan yang ajnabi juga,gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti zaman sekarang ini,SMS. Selain itu, boleh juga menggunakan emel atau nota kecil. Gunakanlah perkataan2 formal,bukan bahasa pasar dan bahasa manja2. contoh, maaf (bukan sowy), terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu, tak payahla nak manja2 dengan guna smiley ke, ;D,gelak2 manja ke, (hehe or hihi) dan lain2 yang tidak ada kena mengena dengan perbincangan atau perkara yang hendak dicakapkan.

- Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul2 “urgent”. Suara lelaki yang kadang2 romantik dan manja boleh mencairkan hati perempuan. Suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan bernama lelaki. Buktinya, Allah ‘sound’ wanita supaya jangan lembutkan suara dan bercakaplah dengan tegas dan cara yang baik.

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik, ( Al-Ahzaab,ayat 32 )

- kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri2 Nabi saja, sepatutnya kaum Hawa juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka iaitu darjat wanita bertaqwa dan wanita2 yang terpilih. Best kan..??

TUNDUKKAN HATI

- Apabila kita terpaksa berurusan dengan ajnabi, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki atau perempuan ajnabi tersebut tertarik pada kita. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi, banyakkan beristighfar dan berdoa di dalam hati “Ya Allah, janganlah Kau jadikan ajnabi ini tertarik kepadaku..jauhkanlah pandangan kami daripada pandangan2 syaitan”.

TUNDUKKAN PANDANGAN

- Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, “make eye contact with the person you’re talking”. Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina saja. Kalau ada “eye contact” dengan berlainan jantina ajnabi, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati”,itu benar2 biasa biasa berlaku.

- Para sahabat dulu pun Allah perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri2 Nabi.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ وَاللَّهُ لا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak (makanannya), tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu (untuk menyuruh kamu ke luar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini istri-istrinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah. ( Al-Ahzaab,ayat 53 )

- tetapi,kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan mata kita ni dengan fail ke..buku ke..selamatlah sikit dari panahan syaitan.

CEPATKAN URUSAN

- perkara ini applicable kepada kita semua sama ada students or orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki or perempuan yang ajnabi. Dah memang tak dapat nak elak,so,apa2 kerja yang dibuat bersama,buat sahajalah kerja itu. Tak payahlah buat2 lambat,borak2 dulu ke,buat lawak,Tanya soal peribadi la..gelak2..tak perlu la..buat kerja cepat2 n then go..discussion pula,buatlah di tempat yang terbuka dan berurusablah secara professional. Cepatkan urusan kita,then,kita boleh pergi.

Semoga kita dikenali sebagai mukmin dan mukminat yang ada identiti, taat perintah Allah dan takutkan hari pembalasan. Semoga kita tidak lalai dan saling ingat-mengingati dikala ada yang alpa. Jagalah diri, hiasi peribadi.

BERPESAN-PESANLAH PADA KEBENARAN :)