Pages

Saturday, January 29, 2011

  • Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)
  • Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (104)
  • ~ surah Ali Imran ~

Saturday, January 22, 2011

Islam Akan Mendominasi Dunia, 200 000 Orang Amerika Masuk Islam Setiap Tahun

Suatu ketika nanti Islam akan menguasai dunia. Sejak kedatangan Islam, Rasulullah telah memberi gambaran tentang perkara tersebut. Sejak kebelakangan ini ada beberapa media di Amerika yang telah menyiarkan berita bahawa semakin ramai rakyat Amerika telah memeluk Islam. Sebelum itu ada juga beberapa media yang telah menyiarkan berita bahawa orang-orang di Eropah sudah semakin ramai yang memeluk Islam.

Sebuah akhbar di Amerika, “An-Niqab” , telah menyiarkan bahawa Islam tersebar dengan begitu cepat dI kalangan berbagai keturunan dan kelompok etnik masyarakat Amerika, seperti Puerto Rico, Dominica, Mexico, Cuba, dan Sepanyol. Hampir 35% dari mereka adalah pelopor Pusat Islam Hudson Utara di kawasan New Jersey.
Akhbar Amerika “New York Times” menyebutkan: “Sebahagian besar dari mereka yang masuk Islam di Amerika Syarikat adalah dari komuniti Hispanik (keturunan Sepanyol).

Bahkan hasil daripada kajian, hampir 200,000 orang Hispanik masuk Islam di Amerika setiap tahun. Dan di antara mereka adalah Musa Franco, keturunan Colombia dan dia telah memeluk Islam ketika berusia 13 tahun.”

Akhbar tersebut menambah: “Miriam Celeste telah memeluk Islam pada tahun 2002, dan dia sedang merancang untuk memakai pakaian dengan mengikuti fesyen masakini, namun tetap dengan ukuran Islam.”
Akhbar tersebut juga menyatakan bahawa seorang Muslimah bernama Rodriguez yang telah memeluk Islam pada tahun 2000 memutuskan untuk memakai niqab dan menjadi seorang Muslimah yang taat.

Kini umat Islam di Amerika sudah mencecah 2 juta orang daripada 310 juta jumlah keseluruhan rakyat Amerika. Islam nampaknya semakin berkembang di AS, sejajar dengan gencarnya dakwah Islam hingga suatu saat nanti Islam akan meliputi seluruh bahagian muka bumi ini di bawah naungan Khilafah. InsyaAllah, tidak lama lagi.