Pages

Saturday, June 25, 2011

Membaca Horoskop hukumnya adalah Haram

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Ya Tuhanku..

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
“Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,” katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah
selama 40 hari.”

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
“Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
“Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

“Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,” katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

“Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,” katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan
ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir
berpandukan bintang.

“Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
“Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit.
Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

“Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,” katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

Friday, June 24, 2011

Al Mathurat...(wirid yang diamalkan oleh Rasulullah)

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.





Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Terima kasih kepada apek2 berdua ni

Aq nak ucapkan terima kasih kat dua bdak2 apek ni yang sudi tolong aq untuk memeriahkan lagi blog ni, jadi aq buat entry ni khas untuk korang berdua iaitu ShazrizalSyahmy dan AminNaizar.. hehe..


haa ni la apek2 yang aq maksudkan 2


eleh suke la 2 korang...

tapi nanti mngkin banyak lagi kot yang aq nak mintak korang ajarkan...

haa yang tengah bace ni pulak jangan nak mandai2 membuat spekulasi negative (cewah ayat aq) tau..


INGAT.....kate UpinIpin..

Hukum perempuan bersanggul tinggi



Assalamualaikum

Perempuan bersanggul tinggi haram tak?


Kejelitaan adalah hak milik setiap insan.


Pada pendapat aku lah kan yang bukan pakar agama ni, kalau sanggul yang dari rambut biasa adalah tak haram melainkan kalau dah tinggi gila. Nak-nak kalau ianya adalah sanggul palsu, memang haram seperti menyambung rambut.

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. Hadith riwayat Muslim

Aku tak berapa pasti apa yang di maksudkan dengan bonggol unta. Adakah yang bermaksud memakai sanggul palsu yang tinggi atau dengan bahasa mudah sanggul rambut yang di tengah kepala? Ya mungkin macam tu. Sebab aku tak pernah pula baca mana-mana article cakap bersanggul (rendah) adalah haram. Sebab kalau seseorang tu nak berambut panjang, tak akan tak perlu pakai anak tudung? Kebanyakkan perempuan bersanggul adalah kerana rambut mereka panjang. Dan dalam mazhab, memakai sanggul adalah di bolehkan (not sure harus atau apa-apa) jika di izinkan oleh suami.

Dan kalau kita tutup sekejap pasal hukum dan berfikir balik, pakai sanggul tinggi tu lawa ke? bagi yang bersanggul tinggi-tinggi korang rase cantik sangat ke. Ya, aku rasa bersanggul tinggi adalah ugly.

So why the hell you guys nak bersanggul rambut tinggi? Tak lawa langsung. Pelik adalah. Ya aku ulang, bersanggul tinggi adalah tak lawa. So bila tak lawa, kenapa nak pakai? Dah tu, yang lelaki selepas kutuk, mesti terfikir, "Tak berat ke ada benda pelik tu atas kepala?". Memang dah macam alien dah.


ni cume nak bg ilmu pengetahuan tentang agama je kat korang....jangan marah tau...

Korea Selatan maju kerana ayat Al-Quran

Korang kenal tak artis korea...hmmmm...mesti korang kenal kan...mustahil korang tak kenal walaupun sorang..kan...kan...kan...

haa...jangan korang pikir diorang nie pro dlm nyanyi je tapi boleh dikatakan semua diorang pro tau...

korang caye tak aq cakap nie diorang maju dengan penyebab sepotong ayat al-Quran....memang ramai penduduk kat sane 2 tak ramai yang Islam...tapi diorang boleh praktikkan ayat tu sampai diorang boleh maju, lebih maju dari negara kita padahal 30 tahun dulu, negara diorang tak berapa nak maju..cuba kita fikir sebahagian orang islam sendiri tak nak mengkaji ayat al-Quran apatah lagi menelaah isi kandungan itu sendiri..ishk3...

renung2kan dan selamat merenung..jadikan citer ni sebagai iktibar untuk kita..
Pada tahun 1970an, Presiden Korea Selatan Park Chung Hee berkunjung ke Indonesia,atau dikenali sebagai serambi Mekkah, atau Aceh. Pada waktu itu ada kunjungan dua hala antara Indonesia dan Korea Selatan. Pada suatu hari yang tidak sibuk, presiden Korea Selatan ini berkunjung ke salah satu masjid yang ada di Aceh, iaitu masjid Baitturahman. Pada saat itu juga beliau merasa tertarik pada satu ayat Al-quran yang dipasang di salah satu dinding masjid. Beliau bertanya kepada salah satu pengurus masjid, “ apa ertinya ini ?”, “Innallaah laa yughoyyiru maa biqoumin, hatta yughoyyiru maa bi anfusihim” yang bermaksud Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka (QS 13 : 11).


presiden terkejut dan merasa kagum dengan ayat tersebut, walaupun presiden bukan seorang muslim tapi beliau sangat kagum mendengar satu potong ayat tersebut. Lalu presiden bertanya lagi pada pengurus masjid, “Bolehkah saya bawa ke negara saya ?”, pengurus masjid berkata, “tentu saja boleh”.

Jadilah ayat tersebut dibawa ke Korea Selatan dan dijadikan slogan resmi negara ini. Tuhan tidak mengubah keadaan Korea Selatan, sampai rakyat Korea Selatan yang mengubah keadaannya sendiri”. Padahal hanya satu ayat, tapi luar biasa mampu merubah satu bangsa Korea Selatan sampai sekarang.

Jika kita mampu mengaplikasikan semua ayat Alquran, Insya Allah bangsa Malaysia akan lebih maju dan sejahtera dari segi ekonomi ataupun sahsiah, wallahu a’lam.

Tuesday, June 21, 2011

teka teki seorang nenek

Ketika aq pulang kekampung halaman... Aq bertemu dgn nenek ku yg berumur 89tahun.. Dgn rasa gembira aq mencium tangan nya dan bermula la dialog antar aq (Azman dan Nenek Tersayang )

Azman : Alhamdulilah nek, smpai juga hajat sy kemari bertemu dgn nenek"
Nenek : Syukur lah... nek pon ada hajat nk suh ko balik ni..
Azman : Apa dia hajat nenek tu?
Nenek : Kalo cucu dpt jawab... nek akan bgi aset tanah 200hektar berserta emas 2 karung kepada cucu.. tetapi dgn syarat cucu hendaklah menjawab teka teki nenek"

Lantas dgn persaan gembira aq pun berkata :

Azman : Lekas la nek apa dia soalan tu.
Nenek : Sabo la cu.. naik la kerumah dlu .. Nnti nek bgitau apa teka teki tersebut..
Azman : Baik la nek..

Pada Mlm tersebut slpas hbis mengerjakan solat isyak dgn pantas aq mendapatkan nenek...

Azman : Nek, tentang teka teki nenek apa tdi ek?
Nenek : Begini, nenek akan berikan 3 soalan.. tetapi hnya 1 jawapan kamu jawab drpda 3 soalan tersebut.. cucu boleh kan?
Azman : Insyallah nek..
Nenek : Soalan nya ialah knapa ubi kayu boleh jdi keras? Knapa gigi beruk boleh jdi sikit? Knapa pencuri boleh kna tangkap?
Azman : Hmm... Jawapan nye... tatau la nek...
Nenek : Cucu ni cbe la fikir skit... harta yg nenek nk bgi ni bkan sikit..
Azman : Baik la nek..

(Selama 3 jam aq berfikir sempat juga aq menanya kan soalan ini kpd mmber2 aq.. namun semua nya memberikan respon tidak tau sprti aq.. selepas aq mmbuat researh slma 3 jam bru lah aq mendapat jawapan nya.. tepat pada jam 7 pagi.. )
Azman : nek.. sy da dpt jawapan nya..
Nenek : apa dia?
Azman : jawapan nya ialah LAMBAT CABUT.
Nenek : ya.. betul.. itulah jawapan yg nenek fikir kan selama 50 tahun.. trimas cucu..
Azman : tapi nek.. mane dia hadiah yg nenek nk ksi tu?€
Nenek : amek ni nenekkebaya_12@yahoo.com & psword 1912nenek ... cucu pegi fesbok pstu bukak cityville.. tu la hadiahnya.. nenek da 50tahun maen mende tu >.

Thursday, June 2, 2011

Langit terbelah di Padang Indonesia

taon lepas mak cik aq dri Indon datang uma aq.pastu kitorang bual-bual le pasal suasane kat sane,maklomlah dah lame aq x g bercuti kat sane.pergi pon da lme mse aq darjah 4.tgah bual2 tbe2 die sebut psl fenomena nie.aq mle2 x caye gak sbb aq x pnah jumpe jdi ari 2 aq kaji le psl mende nie kat tenet upenya mmg ad.mnde ni jadi kat Padang,Indonesia pade 11 jun 2010 jam 5.30.tekejut beruk aq tgk.dlm hati bkate..Subhanallah..begitu agung kuasa-Mu.bawah ni ad sedikit kajian dan artikel yg aq cilok kat blog org sane(Indon):






Fenomena itu disebut Anticrepuscular Rays.

Ini penjelasan singkat mengenainya.

Untuk memahami soal Anticrepuscular Rays, terlebih dahulu kita harus memahami soal

saudaranya yang bernama Crepuscular Ray.

Crepuscular Ray adalah suatu fenomena alam ketika cahaya matahari terlihat beradiasi dari satu titik tertentu. Radiasi cahaya ini bisa terjadi karena cahaya matahari masuk melewati celah-celah di antara awan atau objek lain dan biasanya terlihat menjelang matahari terbit atau tenggelam.

Fenomena ini juga dikenal dengan sebutan Sun Rays atau Gods Rays.

Ini contohnya:


korang mesti pernah tengok fenomena sepecies foto di atas.

Sekarang mengenai Anticrepuscular Ray.

Seperti Crepuscular ray, Anticrepuscular Ray adalah berkas sinar yang mirip dengan Crepuscular, namun terlihat berada di tempat yang berlawanan dari matahari.

Cahaya ini terjadi ketika Crepuscular Ray yang muncul dari matahari terbit atau tenggelam terlihat mengalami Konvergensi ulang di Titik Antisolar (Titik langit yang berlawanan dengan arah matahari).

klo korang bingung dengan definisi di atas, ingat saja ini: fenomena di atas juga terjadi kerana sinar matahari terhalang oleh awan atau objek lainnya seperti crepuscular ray, namun ia terlihat di arah yang berlawanan dengan matahari. Sama seperti Crepuscular, fenomena ini juga sering terlihat ketika matahari terbit atau tenggelam.

Ini konsisten dengan fenomena Yogyakarta yang terlihat pada pukul 5:30.

Ini contoh-contoh lain fenomena serupa di berbagai belahan dunia.

Lokasi Tidak Di Ketahui

Nebraska, 26 Juni 2008

Florida, 27 Februari 2002

Anticrepuscular Ray di Arizona

South Dakota, 2007

Thailand 2007


Dan Yang baru - baru kali ini terjadi di Padang Sumatera Barat


Padang, 2010
Walaupun ada penjelasannya, saya kira fenomena ini tetap terlihat luar biasa. Bukankah begitu?


aFza nape ek???


Smlm aq bkak le fb pas 2 kan..kaannn...aq ternampak le name aq katluahan aty afza aq x tau psl ap..biaselah org buat salah mne pnah sadar ape yg die wat sampai org tegur kan3...mase 2 aty aq da mle cuak, tkot2 die sebel ngan aq ke ape ke...canner nak wat nie...Haiii Buntu nyer..nak tegor x brani....nanti je lah tunggu die cool..walau ape pon aq nak ucapkan sory kat afZA...x mgkin aq dpt lpekn die sbgai tmn sejaty aq ngan dak usrah laen..kitorg kawan lg kecik sampai sekrng nie..aq harap aq dapat bersahabat ngan krg nie sampai akhir hayat aq...

AfZaaaa.....I'mmm SorrYY...