Assalamualaikum
Perempuan bersanggul tinggi haram tak?
Kejelitaan adalah hak milik setiap insan.
Pada pendapat aku lah kan yang bukan pakar agama ni, kalau sanggul yang dari rambut biasa adalah tak haram melainkan kalau dah tinggi gila. Nak-nak kalau ianya adalah sanggul palsu, memang haram seperti menyambung rambut.
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. Hadith riwayat Muslim
Aku tak berapa pasti apa yang di maksudkan dengan bonggol unta. Adakah yang bermaksud memakai sanggul palsu yang tinggi atau dengan bahasa mudah sanggul rambut yang di tengah kepala? Ya mungkin macam tu. Sebab aku tak pernah pula baca mana-mana article cakap bersanggul (rendah) adalah haram. Sebab kalau seseorang tu nak berambut panjang, tak akan tak perlu pakai anak tudung? Kebanyakkan perempuan bersanggul adalah kerana rambut mereka panjang. Dan dalam mazhab, memakai sanggul adalah di bolehkan (not sure harus atau apa-apa) jika di izinkan oleh suami.
Dan kalau kita tutup sekejap pasal hukum dan berfikir balik, pakai sanggul tinggi tu lawa ke? bagi yang bersanggul tinggi-tinggi korang rase cantik sangat ke. Ya, aku rasa bersanggul tinggi adalah ugly.
ni cume nak bg ilmu pengetahuan tentang agama je kat korang....jangan marah tau...
No comments:
Post a Comment