Mari kita lihat kes sebenar sebagai satu iktibar..
Utusan Malaysia 21 Mac 2001 menceritakan seorang wanita bernama Rubiyah Togi berumur 38 yang bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Seremban mendakwa mengalami gangguan seksual dari pegawai atasannya. Setelah kesnya didedahkan di akhbar, beberapa minggu selepas itu, berdasarkan laporan Utusan Malaysia 15 April 2001, Rubiyah Togi mendakwa bahawa beliau telah dianiaya oleh pegawai atasannya dengan memindahkan tempat bekerja beliau dari Seremban ke Jempol yang terletak kira-kira 80 kilometer dari rumahnya di Seremban.
Sepintas lalu selepas membaca laporan akbar ini, mungkin timbul rasa belas kasihan kita kepada Rubiyah Togi yang seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Namun demikian janganlah kita juga tersilap mebuat satu keputusan menyebelahi Rubiyah Togi.. Allah selalu mengingatkan manusia supaya jangan menganiaya diri sendiri tetapi ramai manusia tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah atau sedang menganiaya diri sendiri.
Berbalik kepada kes Rubiyah Togi, apakah kesilapan yang telah membawa kepada musibah dari Allah seperti ayat 32 dan 59 surah Al Ahzab diatas ?. Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh Rubiyah Togi berdasarkan kedua dua laporan akhbar tersebut ?. Apa yang saya boleh senaraikan mengenai kesalahan Rubiyah Togi ialah seperti berikut :
- Berhias untuk orang yang tidak sepatutnya seperti memakai
· Gincu (lipstick).
· Celak.
· Eye shadow
Yang lainnya tidak boleh dipastikan dari gambarnya sama ada memakai pelembab dan krim muka lainnya.
- Tidak menutup aurat dengan mendedahkan dadanya dari laporan akhbar kedua.
- Memakai perhiasan (satu rantai emas dan satu lagi rantai hitam) untuk tontonan semua orang.
Rubiyah telah jelas melanggar ayat Allah seperti An Nuur ayat 31 dan Al Ahzab ayat 59.
Perbuatan baik Allah balas dengan kebaikan dan perbuatan buruk Allah balas dengan keburukan (musibah). Allah menerangkan melalui An Nisaak ayat 111 dan ayat lain seperti Taha ayat 124.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Jelaslah di sini Rubiyah telah diberikan penghidupan yang perit (Taha : 124) seperti diganggu seksualnya oleh pegawai-pegawai atasannya dan kini keperitan hidupnya bertambah selepas dipindahkan ke Jempol yang terletak 80 kilometer dari rumah, suami dan anak-anaknya. Keperitan hidup atau bala bencana yang sedang menimpa Rubiyah ini insya Allah tidak akan terhenti malahan bertambah dari sehari ke sehari selagi Rubiyah terus melakukan maksiat ke atas larangan Allah tersebut.
Ambillah iktibar dari kisah salah seorang pelajar saya ini. Mas Idayu (bukan nama sebenar adalah salah seorang pelajar saya pada tahun 2000. Sebagaimana biasa, saya suka menyampai seruan Allah agar pelajar perempuan menutup aurat dengan sempurna dan jangan menggunakan make up seperti gincu. Buat pertama kali dalam sejarah hidup saya, itulah kali pertama semua pelajar perempuan termasuk yang bukan Islam mengubah gaya hidup dengan tidak lagi berâ€make up†dan bergincu termasuklah Mas Idayu.
Mas Idayu telah pun bersuami dan mempunyai seorang anak berumur lebih setahun waktu itu. Mas Idayu bukanlah seorang perempuan yang cantik malahan saya mengkategorikannya sebagai “normal average girlâ€.
Pada penghujung semester ketika Mas Idayu menemui saya untuk membincangkan soal akademik, saya mengambil kesempatan bertanya sebarang pengalamannya sepanjang menjadi pelajar saya. Mas Idayu dengan nada gembira menyatakan bahawa selepas beliau tidak lagi ber “make up†dan bergincu, tidak ada lagi gangguan orang lelaki keatasnya. Sebelum ini kerap orang lelaki mengganggunya termasuklah ajak berkahwin (walau pun telah bersuami), keluar malam dan keluar makan bersama.
Seorang pelajar lain pula Aniza (bukan nama sebenar) pada tahun 2000 sering bila bertemu saya menyatakan rasa meluat dengan gangguan pelajar lelaki yang suka memandang, mengusik dan mendampinginya. Berbanding dengan Mas Idayu, Aniza memanglah cantik menarik, berkulit putih dan kulit pipi yang halus. Aniza ada memakai subang perak di hidungnya (seperti orang india). Setelah dinasihati, Aniza telah menyerahkan subang perak kepada saya. Pada perjumpaan di hujung semester tersebut, Aniza telah menyatakan gembiranya kerana tidak lagi diganggu oleh lelaki seperti sebelumnya.
Marilah kita mendoakan Rubiyah Togi semoga menginsafi kesalahannya dan balik ke pangkal jalan dengan meninggalkan larangan Allah kerana ini sahajalah yang bakal menjanjikan kebahagian Rubiyah Togi di Dunia dan di akhirat.
Dari kisah musibah yang menimpa Rubiyah Togi serta Mas Idayu dan Aniza, marilah kita mengambil iktibar dengan mengawasi isteri, anak, saudara mara serta sahabat handai semoga tidak mengulangi kesilapan mereka kerana kelak kita akan menerima musibah yang hampir sama.
Nota : Persoalan mengenai Rubiyah Togi hangat dibincangkan hingga melibatkan menteri besar Negeri Sembilan dan oleh Dato’ Rais Yatim. Sila rujuk Utusan Malaysia 17 dan 18 April 2001.
Dipetik dari: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/13
No comments:
Post a Comment